? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Sunday, July 26, 2009

kepada: sahabat-sahabiah

Assalamualaikum Sahabat sahabiah ana yang dirahmati Allah.. dah beberapa semester kita bersama.. jadi, sebelum mata terpejam meninggalkan lafaz yang tersimpan, ada baiknya ana reveal kan benda ni.. Ketahuilah! Kekuatan muslim itu boleh diklasifikasikan kepada 3:
1. kekuatan iman
2. kekuatan ukhwah
3. kekuatan fizikal
Kita selalu berusaha dan mencari kekuatan yang ke3 (ketenteraan, material, fizikal) untuk menentang musuh islam.. tanpa kita sedari sebenarnya kekuatan yg ke3 itu hanya akan diperoleh apabila telah kita capai 2 kekuatan utama yang sebelumnya.
=kekuatan iman=
Sedarkah ana, antum, antunna? kita slalu bergelak tawa, berehat rileks, berstudy belajar.. tapi dalam masa yg sama kita kata kita nak perangi musuh islam.. bila kita dengar kes lina joy, kita marah. bila dengar bush wat ape2, kita geram. bila dgr israel wat itu ini, kita xpuas ati.. tapi cukupkah sekadar itu? bila kita baca baru nak terasa.. pastu kita sambung kehidupan kita dengan gelak ketawa lagi, happy go lucky, dan macam2.. Di mana kekuatan iman kita? adakah hanya pada solat, puasa, pergi masjid, belajar? xdinafikan itu semua betul.. tapi, di mana keimanan kita pada ayat2 alquran yg menyuruh kita berjihad? dengar perkataan JIHAD tu pun dah ada yg xsedap badan.. di mana keimanan kita bahawa REZEKI tu di tangan Allah? rezeki bukan pada kerajaan sehingga kita takut utk berdakwah.. gaji? posting? tu semua yg KITA takut kan? abis, di mana keimanan kita yg selalu kita kata Allah adalah penentu segalanya kalau dgn ancaman sebegitu kecil pun kita dh lemah? ..sebenarnya kita terlalu selesa..

Sedarlah.. pejuang palestin dan pejuang islam yg laen langsung xmakan gaji, langsung xde tempat berteduh yg selesa, langsung xde mase utk bergelak ketawa rileks2.. sedangkn kita, Allah dah kurniakan nikmat kesenangan dan keamanan macam2, nape kita terlalu kecut? camni ke cara kita bersyukur? dgn membiarkn tanah islam, saudara2 islam kita di sana? kubur sendiri2, watpe nak peduli org laen? camtu ker?

=kekuatan ukhwah=

Menyentuh kepada kekuatan yg ke2, kekuatan ukhwah.. sepanjang perkenalan kita, ana percaya, rata2 drp kita sering sebut, inilah ukhwah kita, jaga ukhwah, bestnya ukhwah kita, ukhwah abadan abada n mcm2 lagi.. hinggakan ade yg kate kita asobiyah, kita kate ukhwah kite mantap.. memang ukhwah kita mantap.. tapi, cube renungkan.. berapa mantap ukhwah kita? atas apa ukhwah kita? ukhwah fillah? ukhwah yg terbina utk perjuangkan agamaNya? tidak.. langsung tidak.. sebenarnya ukhwah kita hanya kerana kita sekelas, kerana kita 1 perjuangan, yang mana perjuangan tu hanya dalam menuntut ilmu.. ana x nafikan memang ukhwah kita sekarang manis. ana pun suka.. TAPI! kalo dengan hanya ukhwah camni, kita xkn capai kekuatan yg kita impikan.. kekuatan utk menentang musuh2 kita.. sedar x siapa musuh2 kita? ke x sedar? kalo dengan hanya ukhwah camni, maybe bolehlah dalam 6 7 tahun.. pas kita dapat kerja, pe jadi? sebab ukhwah kita hanya kerana setempat dan kecil sahaja iaitu sebagai student..

kekuatan ukhwah yg sebenar, terbina di atas kefahaman islam dalam diri kita dan KEFAHAMAN TENTANG UKHWAH SERTA KEPENTINGANNYA dalam diri kita.. kefahaman islam - sejauh mana kita fahami tuntutan dalam islam tu, termasuklah dalam memperjuangkannya, dalam berjemaahnya.. Kefahaman ukhwah - atas ape ia terbina? iaitu atas 1 keimanan yg sama.. atas 1 matlamat yg sama yang kita USAHAKAN, bukan hanya berdiam diri.. atas 1 perjuangan yg sama, yang tersusun teratur manhaj dan strateginya. Atas 1 FIKRAH yg sama.. kefahaman tentang kepentingan ukhwah - ape itu ukhwah yg sebenar? mengapa perlu ada ukhwah antara kita?

Sahabat2.. andai ukhwah kita hanya kerana kita student, 1 ari kita akan grduate.. andai ukhwah kita kerana kita nak kerja, kita akan bersara.. andai ukhwah kita kerana kita manusia, kita akan mati.. TAPI ANDAI UKHWAH KITA KERANA KITA PERJUANGKAN ISLAM, ia akan berkekalan hingga ke akhirat sana insyaAllah.. hasil ukhwah kita ni akan terbina dan terlahir lagi ramai generasi pejuang yg akan meneruskan perjuangan kita walaupun kita telah pergi.. ukhwah kita akan turut bersama dgn para pejuang yg seterusnya.. Dengan kekuatan ukhwah yg sebenar inilah, musuh2 kita akan gentar.. umat2 islam xkan lg seperti buih2 di lautan.. tiba lah masa kebangkitan islam yg dinanti2.. dengan kesatuan umat islam, zaman kegemilangannya akan kmbali..

namun, itu semua adalah mustahil andai antum, ana, kita, trus leka dgn masa muda kita.. Sedarlah.. pilihan sebenar kita hanyalah..... “imma syahadah au imma saadah”
Renungkanlah maksud ayat 24 surah at-taubah ini..
Katakanlah: "Jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalan nya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan Keputusan NYA". dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.

(harap anta, antuma, antum, anti, antuma, antunna, sedar akan kewajipan memperjuangkan islam ini dan sedar akan kepentingan ukhwah (berjemaah) yg ana nyatakan. Tolong contact ana utk segala persoalan dan perbincangan yg seterusnya.. semoga Allah membukakan hati2 kita..
ameen..)
yang benar,sahabatmu

Friday, May 8, 2009

kejuruteraan atau perubatan

pagi tadi aku dapat sms dari faiz yang mengatakan aku dapat tawaran biasiswa jpa piln ke korea. bidang enggineering. entahlah nak g enggineering ke medic....... saudara2 aku sume suh g korea bukan senang nak dapat. biasiswa lak tu..... 

Thursday, May 7, 2009

KEPANDAIAN ANUGERAH ATAU TANGGUNGJAWAB

eh,kau ni pandai ah.. 

bolehlah kau pandai..
pandai sey kau..
itulah ungkapan yang selalu yg didengari oleh org yang mempunyai kepandaian. mungkin anda juga antara mereka. persoalannya adakah anda minta menjadi pandai,?? mungkn ye.. memanglah kita bersyukur dengan ape yang dikurniakan tuhan. tapi, kite kena ingat bahawa setiap anugerah itu ada tanggungjawab..  persoalannya, kepandaiantu anugerah ke tanggungjawab. ok kalau kita pandai bnyk tanggungjawab kita. kalau kt x brape pandai maka terlepaslah tanggungjawab tu. btl x??
renungkan... kita patut bersyukur jika kita x pandai dalam beberapa bidang. kerana kita x bertanggungjawab dalam bidang tu.. 
tapi jika kita mahir dalam bidang tersebut maka beristighfarlah.. kerana yang paling berat dalam dunia ini adalah amanah...... 

A GREAT POWER COMES A GREAT RESPONSIBILITIES

Wednesday, May 6, 2009

KACA DAN PERMATA




SUKAR untuk kita manusia yang kadang2 buta mata hati untuk menilai mana kaca manaa permata. tapi, jika kita berusaha dengan betul dan bersabar permata yang kita inginkan pasti kan kita temui. tapi jika kita tidak sabar dan tidak berusaha dengan bersungguh2 kaca lah yang akan kita temui..

mana kau pembela umat zaman kini..


kemana kau menghilang... kau harapan agama. kau pembela umat zaman kini.. bila kau nak muncul dengan angkatan tentera yang akan membela umat ini. aku menanti mu.. akan aku sertai perjuangan mu... aku sentiasa mendoakan mu...

Monday, May 4, 2009

PASIR DAN MUTIARA








PASIR, jika ia diletakkan di mana2 di muka bumi ini ia tetap menjadi pasir. hatta, kita letakkan ia di syurga sekalipun, ia tetap pasir. tapi jika pasir ini diletakkan di dalam tiram, diperam dengan sempurna untuk jangka masa tertentu, barangkali masa yang lama, ia akan menjadi MUTIARA. MUTIARA yang menjadi pujaan ramai. MUTIARA yang tinggi nilainya.












MENGINGATI MATI

- SEKADAR PERINGATAN BERSAMA

BETAPA kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali, andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.

Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang menganggap kematian itu adalah suatu tabi'e biasa sebagai pendapat golongan atheis, dan tidak kurang pula orang yang mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebabnya yang zahir sahaja. Dia mengambil logik bahawa banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana alam seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan juga kemalangan sama ada di udara, laut dan daratan termasuk kemalangan jalan raya.


Selain itu mereka juga melihat kematian disebabkan oleh serangan penyakit yang merbahaya seperti penyakit barah, sakit jantung, AIDS, demam denggi, ta'un dan sebagainya. Disebabkan manusia melihat kematian hanya dari sudut sebab musabab yang lumrah, maka manusia sering mengaitkan kematian itu dengan kejadian-kejadian yang disebut di atas. Jika berlaku kematian di kalangan mereka, lantas mereka bertanya, "sebab apa si pulan itu mati, sakitkah atau kemalangankah?".

Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, mengenal pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.

Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.

Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang, atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak tertangguh walau sesaat.

Walau bagaimanapun ada ketikanya Allah SWT jadikan berbagai sebab bagi sesuatu kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya. Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi rahmat bagi orang beriman dan sabar, kerana Allah Taala memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingat mati, untuk itu dia menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi seorang yang muflis di akhirat kelak.

Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa waspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan. Kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang tidak berguna.

Di kalangan orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah SWT masih menyayanginya. Kerana betapa malangnya bagi pandangan orang-orang soleh itu jika Allah SWT mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Seolah-olah Allah SWT sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah SWT tidak beri amaran terlebih dahulu kepadanya. Keadaan orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika tiada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan menjerumus ke lembah bahaya itu.


Selain itu Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janjiNya kepada malaikat maut, sebagaimana diriwayatkan oleh Saidina Abbas r.a dalam sebuah hadis Nabi yang panjang. Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk-makhluk bernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah, iaitu para rasul a.s.w., para nabi-nabi, para wali-wali dan orang-orang solihin.


Selain itu malaikat maut mengadu kepada Tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang akan menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak keluarga dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka.


Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai sebab-sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam. Sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka. Apabila berlaku kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana menghidap sakit, ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu.


Ketika itu Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememangnya diutus oleh Allah SWT pada saat malapetaka atau sakit tenat seseorang itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya telah tiba.


Namun pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang telah diamanahkan kepadanya.


Walau bagaimanapun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan kematian seseorang itu sama ada bersebab atau tidak, sebagaimana yang dinyatakan pada awal tulisan ini, bahawa ada ketikanya malaikat maut datang hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak ketawa, hingga malaikat maut merasa hairan terhadap manusia itu. Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mengenal, sama ada seseorang yang sedang sakit ataupun ketika sihat dan segar bugar.


Firman Allah Taala: Yang bermaksud: "Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya." (Surah Al-A'raf: ayat 34)

Sunday, May 3, 2009

TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM


Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung akan kesukaran menghadapi Sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi Sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersediadalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus direntap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT. Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan:
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar Atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Contohnya seperti Daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di Hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut Dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan Lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri Dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati .
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari Pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabutnyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji denganmusibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supayaPerut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orangyang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk kedalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan disebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. Tanda akhir Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa keberkatan hidup seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.


ni gambar dan ayah
salina binti bujang & ibrahim bin hassan

Saturday, May 2, 2009

Kenapa Mahu Menjadi Doktor?

“Kenapa anda mahu jadi doktor?”, saya melemparkan soalan ini, selepas mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R. Covey.
Pelajar yang hadir tersenyum-senyum.
“Sebab minat biologi?”, saya bertanya.
Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu.
“Sebab suka tolong orang?”, saya terus bertanya.
Ramai yang mengangguk.
“Well, come on. Ramai yang hantar anak buat perubatan supaya boleh rawat ibu bapa sendiri nanti. Tetapi realitinya, kamu bukan manusia pertama boleh muncul memberikan rawatan jika berlaku apa-apa kepada ibu bapa. Malah ketika di bilik pembedahan dan wad kecemasan, ahli keluarga bukanlah calon terbaik untuk merawat ahli keluarga sendiri. Namanya, profesionalisma”, saya menyambung provokasi.
“Kamu nak tolong suami, isteri dan anak-anak? Rasa saya, suami doktor, isteri doktor dan anak-anak doktorlah yang paling banyak kena berdikari”, saya terus mencucuk jarum.
“Saya selalu beritahu isteri, bahawa apabila awak berjaya jadi specialist nanti, jangan lupa bahawa orang yang paling banyak berkorban ialah tiga orang ini. Anak-anak kita. Merekalah yang berkorban, melepaskan masa yang sepatutnya kita beri kepada mereka, agar kita berjaya”, saya berkongsi cerita.
Saya sengaja mengacah pelajar-pelajar di IMU supaya berfikir bersungguh-sungguh, mengapa mereka memilih bidang perubatan.
Jika anda seorang perempuan yang bakal menjadi doktor, anda perlu tahu bahawa walaupun negara amat terdesak kepada adanya ramai tenaga pakar, anda tidak akan diberikan ‘kemudahan’ untuk menjadi pakar. Anda tidak ada cuti bersalin, seandainya anda ‘termengandung’ semasa sedang membuat program pakar. Anda tidak menerima sebarang elaun untuk membeli buku. Semua kena guna duit sendiri. Kursus dan seminar yang anda hadir, anda mesti membayarnya sendiri. Mungkin anda terpaksa menawarkan diri menjadi AJK agar dapat dikecualikan dari yuran, walaupun anda tahu akibat menjadi AJK itu. Semua orang mahu anda bekerja seperti orang lain, ketika anda terdesak menghadapi peperiksaan. Tiada belas, tiada insentif.
Misalnya isteri saya, kerana 2 minggu cuti yang diperuntukkan untuk kecemasan dan lain-lain, sudah pun digunakan bersalin, lupakanlah kenduri kendara di kampung, lupakanlah ibu bapa, 6 bulan tiada cuti.
Bukan calang-calang kerja.
Anda mahu menjadi pelajar perubatan kerana mahu menolong orang? Tolonglah diri sendiri kerana anda yang amat memerlukan pelbagai pertolongan itu nanti.
“Maka, apa tujuan anda mahu menjadi doktor?”, soalan yang sama saya ulang sekali lagi.
Pelajar-pelajar itu termenung. Sesi soal jawab tiada soalan, kerana semua soalan adalah untuk ditanya kepada diri sendiri, dan diri sendirilah yang perlu menjawabnya.


Tahniah buat kumpulan rabbani yang berjaya merangkul dua anugerah semasa aim ke 16. teruskan perjuangan anda. kami menyokong usaha anda untuk menegakkan agama.

Ibadah Sepenuh Hati

1. Penyakit dan Ubatnya Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan, “Sesungguhnya dalam hati terdapat sebuah robekan yang tidak mungkin dapat dijahit kecuali dengan mengadap penuh kepada Allah s.w.t. Di dalamnya juga ada sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah. Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tidak akan mampu diseka kecuali dengan kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah dan ketelusan berinteraksi dengan-Nya. Di dalam hati juga terdapat sebuah kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah. Di dalam hati, juga terdapat gejolak api yang tidak mampu dipadamkan kecuali oleh keredhaan akan perintah, larangan, dan keputusan Allah, yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran sampai tiba saat perjumpaan dengan-Nya.” Pernahkah anda merasakan makna – makna spiritual ini sebelumnya? Di dalam hati ada robekan, keterasingan, kesedihan, kegelisahan, dan gejolak api... ada pelbagai penyakit yang ubatnya tiada lain hanyalah dengan “mengenal Allah”. 2. Pancaran Hati Berikut ini beberapa nilai spiritual yang akan dijelaskan dengan mudah oleh Ibnul Qayyim rahimahullah. Ketahuilah, setiap kali hati anda mampu menangkap makna – makna ini dengan baik, setiap kali pula hati anda akan bersinar cerah, jiwa dan batin anda pula berseri bahagia. Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan, “Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya kepada Allah. Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadikanlah dirimu gembira kerana Allah. Ketika orang lain merasa bahagia dengan kekasih – kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah. Dan ketika orang lain pergi mengadap raja - raja dan para pembesar mereka untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadikanlah dirimu betul – betul mencintai Allah.” Sungguh, inilah kata – kata yang muncul dari dalam sanubari dan keluar meluncur dengan kuat. Saya rasa anda sekarang masih baik – baik saja, sebab anda telah bersiap menerima kata – kata ini, dan persiapan anda juga merupakan persiapan yang kuat. seluruh perasaan dan kepekaan berhimpun dan bergejolak membuat hati bahagia. Seluruh gejala ini membentuk sebuah kenyataan alami yang indah, yang bernama “kecerahan hati”.3. Perindu Syurga Ibnul Qayyim rahimahullah juga mengenengahkan sebuah trilogi sikap dengan begitu indah. Apabila anda membaca dan menyimpannya dengan baik di dalam hati, reaksi yang muncul akan begitu cepat tidak seperti yang anda sangkakan. Beliau mengatakan, “Jangan pernah putus asa untuk teguh menunggu gerbang, meskipun engkau terusir. Jangan pernah berhenti untuk memohon ampunan meskipun engkau tertolak. Begitu gerbang telah terbuka, segeralah masuk selayaknya seorang tamu yang tak diundang. Kemudian, tadahlah tanganmu di gerbang dan segeralah berkata, ‘Tolonglah, saya adalah orang miskin. bersedekahlah untuk saya....!”Saudaraku, bacalah kata – kata di atas sekali lagi, dan selamilah betul – betul maknanya. Ketahuilah, lautan ini amat dalam, dan mutiaranya terletak didasar yang paling dalam! Jangan pernah putus asa untuk teguh menunggu gerbang, meskipun anda terusir! Anda ingin menangis ketika solat tetapi anda tidak boleh. Anda ingin meraih kekhusyukan, tetapi anda tidak tahu bagaimana caranya. Jangan pernah berhenti dan berpatah harapan. Jangan pernah berhenti untuk memohon ampunan meskipun anda tertolak! Anda pernah membuat maksiat lalu anda bertaubat dan memohon ampunan, tetapi kemudian anda kembali melakukannya. Saat begitu, jangan pernah berhenti untuk memohon ampun. Begitu gerbang telah terbuka, segeralah masuk selayaknya seorang tamu yang tak diundang! Ada pengajian di masjid sana, pergilah bersama para jemaah, teruslah bersama orang – orang yang rajin membaca dan merenungi Al – Quran. Apakah anda pernah merasakan manisnya nilai – nilai ini sebelumnya? Sungguh, kata – kata ini di dalam hati berubah menjadi nyawa, sehingga hati pun menjadi hidup. Demi Allah, katakan dengan jujur, bilakah kali terakhir anda merasa khusyu’ mengadap Allah? Bilakah terakhir kali anda bersujud memohon kepada Allah agar kemanisan rasa khusyu’ ini tidak pernah akan berakhir? Saudaraku tercinta, siapkan diri anda untuk meraih nilai – nilai ini. tempatkan dan hormatilah kekhusyu’kan sebagaimana semestinya. Saya sekarang yakin dengan anda! Sebab hal seperti ini tidaklah mustahil bagi seorang “perindu syurga”.

bangga nya aku menjadi muslim. bertuah nya aku menjadi muslim.
syurga sudah menanti bagiku. hanya perlu menyiapkan diri dan mencari bekalan untuk kesana. tapi bekalan bukan mudah untuk dicari.... hanya yang sabar dan terus berjuang akan berjaya. harap aku akan sabar menghadapi dugaan yang amat mencabar ini. doaku agar allah menerima amalan dan taubat ku..

aku dan laptopku


inilah laptop yang dihadiahkan ayah dan ibuku
moga aku akan menggunakanya dengan jalan yang diredhoi nya


Carilah Rusukmu yang Hilang


Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya. Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau 'women gladiator'. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan "wan-wan" yang lain. Tidak akan lahir 'superman' tanpa 'superwoman'. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan. Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan 'secretary', bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara . Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidin Ali. Wallahualam...




kenangan 2 tahun yang sukar untuk aku lupakan

ibnu sina

kawan2

rindu

malu

semua perasaan itu hadir dalam diriku

hampir semua kawan2 aku berjaya

spm

alhamdulillah

cikgu2

terimakasih